Saturday, November 12, 2011

Sunday, February 6, 2011

Lupa laaaaa...

Setelah sekian lama menghilang, tetiba rasa nk menaip.. hari ni buat kali pertama aku bkk balik blog ni... TAPI dengan rasa confident sesangat, aku taip address aku Afaiza.blogspot.com

And aku salah lg... address aku puteriafaiza.blogspot.com laaaaaaa . Patutlah search tak jumpa!!!
hari ni banyak betol benda yang salah. tadi masa nk online, broadband kata xbole online sbb tak ada sim. aku pun bengang laaa, sejak bila pulak aku keluarkan sim dia... bila check, mmg xda sim tu

dah tu telefon mak cakap sim hilang. bila dah hilang mesti nk cari suspek.. dah tu suspek utama adik aku laa..hehehe.. mak suruh check betol2... aku pun sekali lagi try online..sambil sumpah seranah dalam hati...tetiba2 boleh pulak on9... sekarang ni salah siapa, aku atau broadband atau laptop ni???arrghh... nasib bk tak serang abang aku sekali td...

tadi pon ada masalah lg, aku try bukak locker yg telah aku kuncikan selama seminggu itu.... pintu yg pertama dapat bkk..alhamdulillah..bila try bukak pintu yang kedua, XBOLE!!! hati dah cuak daaa...esok aku nk g kelas pakai baju apa laaa plak kalau xdapat bkk almari ni...
cadang nak ponteng je kuliah esok... ISH TAK BOLEH JADI NI...

so dengan perasaan yang macam nasi campur, aku pun gegarkan pintu almari tu sampai bengkok kunci tu...akhirnya BERJAYA jugak... itupun sb aku baru lepas makan...pasal tu boleh gegar... so agenda utk tak ke kuliah esok dibatalkan...hehehe

p/s assingment analisis vektor xsiap lagi..
waduh

Sunday, January 9, 2011

aaaaaaaaaaaaaaa STRESS!!

apa yang stress sangat ni...
Mana tak stress, sbb tak tahu nak buat apa.. nak study, tapi belum dalam mood study..

So semalam aku godek2 laaa YOUTUBE tu..lepas aku tengok membe aku ada bagitau pasal FACIAL MASSAGE... melihat keterujaan beliau... aku pun rasa seperti di pukul2 utk melihat sendiri FACIAL MASSAGE tu...

excitednya makcik!!!!

aku pun jadi EXCITED nak mencuba se'EXCITED' abg rempit dengan lagak supermannya... TAPI utk keberkesanan yang lebih baik aku perlu mendapatkan FACIAL OIL...
MAKLUMlaa minyak gamat,minyak senyonyong,minyak dagu,minyak hitam,minyak panas semua adalah tak dibenarkan ye... jangan pergi try pulak, t muka jadi jalan tar aku tak tanggung..hehehe

SELEPAS dah godek2 and bukak semua skru youtube tu,sbb aku nk tukar youtube jd MYTUBE hari ni,tetiba aku jumpa pasal EXCERCISE... lagi laaaaa mendatangkan keterujaan aku...
ye keterujaan aku utk melihat je...bukan nak buat pun...hahaha..

erk???!! perlu ke sampai macam ni.....@x!!@wfgh

tapi nanti aku nak suggest pada roomate aku laaa...sbb dia minat EXCERCISE ni..
SO sesiapa yang rasa diri dia "kurus" and nak buat excercise tapi tak tahu cara...
boleh tgk di www.bodyrock.tv
BODYROCK ni mmg bgs sangat.. tapi aku suggest buat yang mana larat je laaa....
kebanyakan excercise dia adalah utk bahagian HIPS and ABDOMEN...

p/s excited nak buat facial....
MANGSA utama. roomate aku laaa..haha

Wednesday, January 5, 2011

LECTURER

hari ini tepat jam 2.30 ptg, aku mula menggerakkan punggungku yg malas utk ke kuliah MTH3202
YE MTH3202 iaitu subjek PENGENALAN KEPADA ALJABAR MODEN... subjek baru aku bg sem ni..

setelah tiba dikelas tepat jam 3 ptg, aku mengesan tempat duduk yg kosong sambil berfikir...
nak duduk depan ke belakang....emmmmmm
dengan langkah yang drastik, aku menuju ke sit yang paling depan....
ye mmg aku suka duduk depan sbb senang aku nak peluk cium lecturer tu....

sEperti biasa, lepas duduk aku akan memulakan gosip2 yang pedas sampai nk dekat 10 kali membe sebelah pegi tandas kerana dek menahan perot yang kepedasan...
TUP TAP....TUP TAP..CIT CAT..CIT CAT...

JAM dah menunjukkan pukul 3.10, lecturer mula menunjukkan mukannya yg gebu tu...
FIRST IMPRESSION aku terhadap lecturer tesebut.... emmm good looking, HANDSOME dowh!!!!

TAPI.......NI muda ke tua??dah kahwin belum?? kalau belum, ada masa lagi tunggu aku habis belajar ni...telah ku kira2 berapa tahun lg nk grad.. tiba2 angan2 ku dipotong angin lintang dari belakang... aduh tersiat hati, terobek kudis....

Bicara budak belakang:
HANDSOMENYA, NI YANG SEMANGAT NAK BELAJAR.....

Aduh, kini aku tersedar kembali,bukan lecturer itu aku mahu rebutkan...
TAPI ILMUNYA PASTI MILIK KU....WAAAAAAAAAAAAAAA
(ayat cover sedeyh....heee)

belajar laa anda sebelum aku sepak2 kerusi korang...hehehe

p/s belajar la...apa kes ngorat2 lecturer..
baik aku ngorat PM ke, WAKIL RAKYAT ke
boleh hari2 bg aku makan cloud 9

Tuesday, January 4, 2011

kipas susah mati.........

oke nk cer pe entri kali ni... Hari ini banyak benda I buat seorang diri aje...
aek?? bukan I xda kawan oke.... I ni budak math...so mostly member2 budak statistik...
so this sem kami dah mula ambil lain2 subjek...sob...sob..
soooooo i yang independent ni pun memulakan perjalanan....JOURNEY TO THE SUCCESS.... wahhh!! gitu

sekarang jam menunjukkan 11.25 pm ye...
and I suppose pergi belajar ANALISIS VEKTOR memandangkan esok pagi second class untuk subjek ni... arggghhh.... tapi duk ngadap internet sambil tergelak2 and tercekik cloud9 yang dah
berbakul2 I rembat....huahua

I tergelak pasal mamat yang buat video "SAYA TAK GAY,SAYA OK".... boleh check out kat sini...
tak tahulah kenapa I gelak.. Tapi sumpah dia kelakar...
I dah macam tengok movie..yela tengok video dia, gelak2 and rembat lagi cloud9...heee

asik rembat cloud9 je.. bila laa misi menguruskan badan akan terlaksana kembali ye....
makan tetap makan...nak hidup weyh...yeke??

p/s kepada syarikat jack n jill
bolehlaaa promote I jadi DUTA cloud9...
konpem i makan sorang....hehehe

Tuesday, December 28, 2010

apa akan terjadi bila anda punya.............................

pagi ni baba dapat mesej dari kawan dia. Memandangkan baba tengah drive dengan speed mencecah 107km/hr (*dah lambat pergi kerja)..maklumlah... so kena lah high speed...
aek??? Kenapa tiba2 I ikut baba pergi kerja???
tak ikut pun...baba akan turunkan I and adik kat rumah melaka...
Macam biasalah..aktiviti mengemas, membersih, megelap macam ORANG GAJI

hah..cakap pasal ORANG GAJI..kita berbalik pada kisah high speed tadi...
memandangkan baba tengah drive, so sebagai assistant bertauliah I diarahkan untuk membaca mesej tersebut...

Mesej tersebut berbunyi
"....pergi imegresen.......ada meeting....dato' Kp"-mesej dari bekas jiran rumah sebelah

lebih kurg macam itu lah mesej nya... baba pun cakap
"mesti ada masalah dengan ORANG GAJI dia lah tu, kena pergi jumpa ketua polis tu"

I pun kesian pada ex jiran I tu... Maklumlah termasuk orang gaji ni...
dah tiga kali tukar......
kalau I kali ketiga tu dah tak ada dah....

ORANG GAJI YANG PERTAMA dulu selain dah habis kontrak, dia kata ORANG GAJI tu kuat bercerita dengan jiran2...

ORANG GAJI YANG KEDUA pula curi duit....(* dah pulak...kalau I lepas ni dah tobat tak nak ambil lg)

ORANG GAJI YANG KETIGA...I tak tahu masalah apa...sbb dah tak berjiran lagi...hehehe

I faham kebanyakkan orang ambil ORANG GAJI ni sebab dia sibuk kerja, balik malam.
lepas tu tak ada orang nak jagakan anak dieorang....
Perkara macam ni tak patut terjadi laa... yela sebelum kahwin tu dah kena buat FAMILY PLANNING... Sebelum kahwin macam mana, selepas ada anak macam mana. bila anak dah besar macam mana....

bila dah ada anak, tak ada orang nak jaga, semua nak lepaskan pada ORANG GAJI.

semua benda tu kan kena MANAGE dari awal...ecececeh
macam dah kahwin pulak...

saudara mara I xpernah lah ambil ORANG GAJI sbb kita orang mmg tak percaya pada MEREKA2 YANG BERKENAAN...HEHE

DULU waktu I and abang kecik2 dulu pun tak ada pakai ORANG GAJI ni...
mama akan tumpangkan I kat rumah jiran laaa... tapi nanti pagi2 sebelum mama pergi kerja and selepas i pergi sekolah... Biasanya mama akan hantar nasi and lauk pauk laa kat rumah jiran tersebut...
yela tak nak menyusahkan dieorang tanggung I makan pulak kan...kalau I ni makan sikit tak apalah jugak.. ni melantak macam seperiuk tak cukup..(* hehe xdala macam tu)
lepas tu cukup bulan, mama bagi lah duit sikit...

tapi tengok jela skg...ORANG GAJI rompak majikan..baru kerja dua tiga hari. lepas tu panggil kawan2 rompak majikan dia...dahsyat..Yelaaa siap berparang2 bagai..

pastu pernah dulu gempar, orang gaji dia pukul anak dia, xbagi makan. bila mak budak tu balik, tengok anak dia asyik minta nasi nak makan. KESIAN.. Mak budak tu jadi curiga lah...kenapa anak dia asyik minta makan...ORANG GAJI dia tak bagi makan ke...
so, dengan kebijaksanaan mak dia, mak dia dah pasangkan kamera nk tengok apa orang gaji dia buat...
hah sekali ambik kau...mmg jahat sangat lah ORANG GAJI dia...mmg patut pun anak dia minta mak dia nasi...
Orang gaji tu tak bagi makan pun.. ishhhhh....

SO, kepada mereka2 di luar sana (*ecececeh)..BERHATI2 LAH...
I tak tak cakap salah ada ORANG GAJI...ada je yang baik... tapi yang jahat tu lebih banyak dari yang baik kan...
bak kata pepatah NABIL
"KORANG ADA MATA MELIHAT,
ADA TELINGA MENDENGAR,
ADA OTAK, LU PIKIR LA SENDIRI"

pesanan khidmat masyarakat:
jiran and ayah I tu satu tempat kerja\ :))

Wednesday, December 22, 2010

KUMON

OK GUYS... Semalam seseorang bagitahu I tentang KUMON ni...

I dah lama tahu tentang KUMON ni...just xpernah terfikir KUMON ni GEMPAK HABIS!!
and seseorang ni cadangkan I reka teknik belajar MATH paling senang since I mmg ambil MAJOR MATH.

Sebelum2 ni mmg I ada ajar adik and adik sepupu I MATH.
AMAZINGLY..adik I score A dalam MATH dia...
adik sepupu I pulak, dia kata dia suka I ajar dia...

So tandanya I boleh mengajar ke????hehe...


KUMON ni mmg bagus sgt. sape yg nak hantar adik ke mmg berbaloi sgt..
harga pun berbaloi laaa ye.....
yang penting teknik mengajar KUMON mmg terbaik...

Jadi I pun bercita2 nak bukak PUSAT TUISYEN yang terkenal macam KUMON ni..
Bersiap sedia lah nak hantar anak2,adik2 u all kat PUSAT TUISYEN I ye..heheheh
Insyaallah satu hari nanti...amin..

p/s
asya , munie amacam...kata nak
bukak PUSAT TUISYEN...
jadi tak??? hahaha