Wednesday, October 27, 2010

masakan kejayaan

Resepi Kejayaan

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana dek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

SELAMAT MENCUBA.... : ))


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, October 26, 2010

KEHADAPAN MY FUTURE HUSBAND


kehadapan my future hubby,

i mula terfikir nak tulis mengenai perkara ini bila i selalu tengok kaum adam selalu post tentang future wife diaorang. Apa kata kaum adam pula tahu mengenai future husband kaum hawa atau saya sendiri.

To my hubby,

u tahu i tulis ni sebab i just nak bagi tahu u perasaan i sendiri macam mana. Kita sama-sama tak pernah jumpa each other. Mungkin bila dah jumpa nanti berdebar rasanya. But if one day kita dah jumpa i nak cakap i admire giler kat u. u tahu i harap bila kita dah jumpa nanti,u dapat terima i seadanya walaupun i ni gemuk ke, cantik ke, buruk ke, kurus ke. i harap u tak kisah rupa i macam mana pun. I tahu semua orang mahu kekasih dia cantik ataupun dalam erti kata lain sedap mata memandang. Tapi kalau i tak macam tu i tahu u tetap terima i,sebab kalau tak, masakan u terima i... by the way, u pun xperlu handsome sangat..handsome sikit2 je boleh... coz i tak suka orang lain pun minat kat u.. kalau i ni milik u, mst u juga milik i kan. lagi satu, i xsuka kalau u nak jadi kurus sangat macam guys lain yang pernah i tengok.. u tahu tak macho pun bila kurus sangat..nampak macam tengkorak berjalan aje... u jangan macam tu k...berisi sikit tak apa..

I tahu sekarang ni semua orang ada facebook. tapi nanti bila i tengok facebook u or mana-mana laman sesawang yang u buat, u tak ada letak gambar-gambar u yang tayang-tayang body. sebab setahu i lelaki ni suka tunjuk body,macam lah cantik sangat badan tu, macamlah berotot sangat.. kalau yang kurus sangat tu tayang body lagi memalukan..tak cantik pun..tak ada pun orang suka tengok.. tapi i tahu u tak macam tu kan...u baik, alim, handsome lagilah jgn cakap..

lagi satu, i tak kisah u nak berchatting dengan mana-mana girls lain ,tapi asalkan u sentiasa ingat batas-batas u sebagai kawan dengan mereka. U tahu ada certain girls ni kadang sengaja nak putuskan hubungan orang .sebab cemburu dengan kebahagiaan orang lain. I harap u sentiasa beringat. Kalau ada orang macam tu dalam hidup kita, kita anggap sebagai satu cabaran dan jangan mudah melatah. Lagipun u tahu perempuan macam i ni cepat cemburu tau kalau orang yang dia kasihi tu layan orang lain lebih dari diri dia. U tahu kenapa?? sebab hati perempuan ni lembut.Mereka penuh dengan kasih sayang , manja. Walau sekeras mana hati seorang perempuan tu, tapi kalau sentuh tentang orang yang paling dia sayang, mesti tak keruan dibuatnya.

i nak bagi tahu u ni, u janganlah risau, coz i tak akan pakai seksi meksi pun melainkan bila kita dah kahwin nanti kan u.....

To my hubby,

I pun tak tahu pasal future i, tapi i dah berangan nak kerja lepas i habis study. lagipun sia-sialah kalau i belajar selama ni, tapi akhirnya i tak aplikasikan pelajaran i. I harap u bagi i kebenaran i nak bekerja. U janganlah risau, i bekerja pun sebab nak tolong u. Cuba u bayangkan bila kita kahwin nanti, and kita ada ramai anak. Mesti sesak nafas u nak cari duit. Nak bayar bil, pakaian anak-anak, makan minum. kan u..mesti u pokai habis nanti. Jadi u mestilah bagi i kebenaran bekerja : ). Bab jaga u tu, u janganlah risau. I boleh jaga u punya. Kita balik kerja malam. So malam lah i jaga u..Macam biasa lah u..Pagi2 i dah masak untuk anak2..kalau susah sangat kita ambil orang gaji.. Tapi jangan pulak u nagada-ngada kahwin dengan orang gaji tu.. Tapi insyaallah u, i akan dapat jaga u and anak2 semua. Selagi ada u kat sisi i.

U.. u janganlah risau, lagipun i tak mintak u bagi i rumah 10 tingkat,emas,intan berlian,kereta porsche ke, i tak mintak semua tu. Buat apa semua harta banyak-banyak tu u. Last2 nanti kita kena rompak. kan susah kita u....Kita hidup bersederhana aje sudah u...Ok tak u??

Dear hubby,

U..kalau u nak anak sampai 20-30 orang tu, I tak mampu bagi lah u..mau semput i ni...tapi kalau setakat 6-8 orang tu masih i gagah lagi lah... I harap tak kan kerana benda2 yang i tak mampu sempurnakan hidup u, u nak kahwin lain pula...jangan u...kecewa i nanti...sedih i dengar u...U tahu kan betapa i cintakan u. I tahu kononnya kalau benarkan si suami kahwin lain, kita akan dapat payung emas di syurga..i tak mahu semua tu sebab i masih nak jumpa u di syurga.u seorang je dengan i. Nanti i harap bukan kerna perkara-perkara kecil atau besar, u nak kahwin lain pulak.
Cuba u lihat orang lain yang cerai berai tu, u tak rasa ke mereka tu manusia paling rugi. Yelah....kahwin beribu-ribu, tapi cerai hanya sekali lafaz je..tak perlu bayar pun..Kita ni kahwin sbb kita dah berjanji sehidup semati sebab u kekasih i dunia akhirat.

emmm.... u tahu, i tak mengharap pun u gentleman sangat..cukuplah kalau u sweet sangat. I suka manja dengan u.Tapi i tak harap u manjakan i sangat. nanti mengada-ngada jadinya. I nak berdikari. I tak nak susahkan u. I tahu u selalu boleh tolong i. selalu ada masa untuk i. thanks u. Tapi i tetap tak mahu susahkan u. sebab u ada kerja u sendiri, ada komitmen sendiri. nanti kerana i u pening kepala, jatuh sakit pula. U tengok, i prihatin sangat kat u. nanti kalau u sakit, siapa nak buli i, siapa nak gaduh dengan i. Jadi i tak nak susahkan u. I harap u sentiasa jaga kesihatan u elok. tengok lagi u...betapa i terlebih prihatin kat u..

hah..terlupa pula.. u, i tak nak tahu u tu hisap rokok.. u tahu rokok tu bahaya. Bahaya untuk u,i and bakal anak2 kita nanti.. U tahu i sensitif sangat dengan asap rokok.. i harap u sentiasa berhati-hati k...

To my dearest hubby,

U, terus terang i cakap, i tak pandai masak.Masak simple-simple je i tahulah. tapi u jangan risau i dalam proses belajar dengan ibu. I cakap u nak makan masakan i. So i kena belajar masak dari sekarang. Sweet kan i. U happy tak...k u bagi tahu lah i apa favourite makanan u. Bolehlah i belajar nanti ok..

ok sepanjang kita belum jumpa i janji akan jaga diri i elok2...tak akan keluar berdua2an... tapi kalau kita dah jumpa nanti i nak kita terus kahwin je..nanti kalau tunang lama2 takut tak manis and tak berpanjangan. u pun janganlah kapel banyak2..jangan rosakkan anak gadis orang lain..tak baik..

akhir kata,
bila kita kahwin nanti, i masak,u makan. u imam,i makmum.u baca doa,i aminkan. i merajuk,u pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain. You pun mesti tak terlepas i kan sebab kita ditakdirkan bersama di dunia dan akhirat.




Monday, October 25, 2010

DEALOVA


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
kerna langkah merapuh tanpa dirimu
ohh kerna hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu tanpamu sepinya waktu merantai hati
ohh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hati ku
yang memanggil
rinduku padamu ooooo
kau seperti udara yang ku hela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi dan sepiiiiiiii.......
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu ooo
seperti udara yang ku hela
kau selalu ada


tiba2 dok teringat lagu ni..teringat time sekolah2 dulu..time banyak konflik...huhu..
bila egt masa zaman2 sekolah dulu rasa kelakar pun ada...jadi lagu ni banyak maknanya...

banyak lagi lagu yang terkesan kat aku memandangkan ramai yang pernah hadir dan pergi dari hidup aku...sob..sob :( maklumlah lumrah hidup...disetiap pertemuan ada perpisahan...jadi aku tak boleh mengharap setiap pertemuan akak kekal lama...even suami isteri, ibu bapa, adik beradik, kawan2..semua akan berpisah....tiada yang abadi di dunia...

harap nanti kita semua dapat jumpa di akhirat sebagai isteri sejati, anak yang solehah, adik yang setia, kakak yang penyayang dan kawan yang tetap utuh di hati.........

tapi pape pon aku masih lagi kuat hadapi hidup ni...walau tiada siapa dekat di hati dan disisi...
tapi mak ayah dan family still ada sebagai kekuatan....

hanya TUHAN je tahu betapa aku sayang dieorang....kalau mama tahu apa nur tulis ni...
nur harap mama,baba and semua doakan nur bejaya dunia akhirat...hanya doa mama baba n semua akan selamatkan nur

nur xpenah cakap nur sayang semua tapi hati ni hanya DIA sahaja yang tahu...

Friday, October 22, 2010

To My FUTURE Wife


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.




p/s~ sweet jugaklaa....hehe

Tuesday, October 19, 2010

my NAME is ORANGE

ini adalah cetusan idea daripada kawan saya iaitu HIDAYAH HAMKA atau lebih dikenali sebagai adie..huhu

Walaupun sekarang ini di kolej saya, masih ramai lagi yang beremosi tentang perlawanan bola semalam di antara K5 dan K6...tapi saya masih COOL...sbb tak pergi pun..hahaha..
tapi bersebab tak pergi tu...saya ada kelas laaa....kalau tak saya pun join sekali main bola tu (*mcm tau je) hehe

ok berbalik kepada ORANGE ye.....

Buah oren dan citrus berbentuk seperti buah dada wanita sebenarnya membantu dalam kesihatan buah dada seperti memudahkan keluar masuk lymph

Read more: http://fid.ohmacamitu.com/barang-peninggalan-nabi-muhammad-dan-khasiat-buah-pada-bentuknya/#ixzz12nFXjrvW








p/s: sebenarnya banyak kebaikan buah oren ni..tapi malas je nak tulis banyak2 sbb nak tidur...
lain kali saya bagitahu tentang buah lain pula ye.............

Friday, October 15, 2010

aku tak pernah takut sendiri......

Pernah dulu
Saya takut bersendiri
Mesti berteman
Ke mana pun saya pergi.

Tapi semalam cikgu cakap,
“Bila mati nanti kita sendiri-sendiri”
Betullah tu kan?

Hari ini
Saya mesti biasakan diri
Untuk sendiri-sendiri
Jadi kalau esok saya mati,
Saya dah tak takut lagi.
Kan?

daripada karya:Esok saya mati

Dari dulu aku dah tahu dan kini aku nak beritahu "JANGAN PERNAH TAKUT SENDIRI"

Mungkin bahagia hari ini,tapi duka hari esok tiada siapa ngerti

Mungkin gembira hari ini,tapi tangisnya tiada siapa yang dengari

Mungkin punya segalanya hari ini,tapi esok masih lagikah??

Mungkin sendiri hari ini, tapi bahagia menanti esok...

Mungkinkah semua itu...

Mungkin kerna aku lebih mengerti........

Walaupun hari ini aku melangkah sendiri

Tak pernah sekali hatiku gentar

bahkan aku bangga mendonggak kepalaku

kerna aku sedar siapa disekelilingku.......



Sabarlah menghitung kehidupan.....
kerna hidup tak pernah adil......

notes: To maria~ im glad that you are my BESTFRIEND...im glad people hurting us so damn much...im glad that u are such a patient person...im glad that u love me damn much... im glad if God let us meet in the HEAVEN... BUT im sorry for not protecting u when u need me... im glad that God let us together though there so many obstacles we've been through................... IM GLAD U THE ONLY ONE KNEW MY HEART........................................................................






Friday, October 8, 2010

PAGAR SESAT

OK friends..entri ni tak ada kena mengena dengan aku sesat cari pagar rumah aku...atau aku tersesat masuk pagar orang lain ke...ok...tak da kena mengena langsung...

pasti semua orang pernah dengar tentang "PAGAR SESAT" kan??
Pagar sesat ni merupakan panggilan untuk pagar diliputi daun yang mempunyai lorong-lorong mengelirukan, sekali gus menyebabkan seseorang itu sukar untuk menemui jalan keluar.

apa yang buat aku tertarik dengan pagar sesat ni ialah aku sebenarnya jugak ada menyimpan hasrat nak main dalam pagar sesat ni...Tapi tak tahu sama ada kat Malaysia ni ada ke atau tak.. rasanya macam tak ada je


hah!! ini adalah GAMBAR dari udara yang menunjukkan Pagar Sesat Hedge di daerah Wiltshire, Britain baru-baru ini. (* takut ok!! Cuba bayangkan diri kita sendiri sesat kat sini, memang tak kawen laa aku...huhu)

OK!! kalau nak dilihat dari gambar pagar sesat ni...aku tak rasa aku mampu keluar untuk selama2lamanya dari sini...hahaha... lepas tu aku terus berkampung kat situ..buat unggun api ke... tapi sedia maklum lah kan..sekarang ni terlalu banyak gajet2 yang canggih macam iPhone ni kan... tak mustahil orang tak dapat keluar dari pagar sesat..

Sekarang ni semakin ramai pengunjung berjaya keluar dari pagar sesat terbesar di Britain ni dalam masa cuma beberapa minit dengan bantuan telefon pintar iPhone.

Tapi agak2 kan..kalau aku sesat dalam rumah aku sendiri...iPhone ni membantu ke??? (*thinking)hahaha...k shutup Puteri..,,(terpikir je)

kalau nak tahun sebelum-sebelum ini tempoh 90 minit diperlukan sebelum seseorang itu dapat keluar dari Pagar Sesat Hedge seluas 3.2 kilometer di Taman Safari Longleat di sini, barat daya England.(*mak aii besar tol kawasan...confirm!! aku memamng siap buat barbeque kat situ..)

Namun, semua dah berubah setelah ramai pelawat menggunakan iPhone dan BlackBerry untuk memuat turun peta pandangan dari udara pagar daun berkenaan dari laman Google Earth di Internet.(*kalau camni..kena bawak hermira sekali...sbb die punya handphone blackberry kan??huhu...senang cerita bawak laptop terus...agak2 kalau sesat..email je kat mak ayah suruh cari kita...hahaha)

Berpandukan teknologi sistem pengesanan global (GPS), pemilik-pemilik gajet iPhone dan Blackberry dapat mengesan lokasi mereka. Pengguna cuma perlu mengikuti peta dalam talian untuk mencari laluan keluar yang terpantas.(*hanya ambil masa 15 minit je untuk keluar dari pagar sesat)

kalau nak tahu lebih 400,000 orang sesat dalam pagar daun tersebut pada setiap tahun. (*kalau aku yang pergi...confirm aku orang ke 400,001 yang sesat)haha...


Ini pula adalah gambar pagar sesat di Trafalgar Square di London. Kalau nak dilihat pada gambar ni..tak berapa nak takut sangat laaa daripada pagar sesat di Wiltshire tu.

Agak2nya Mat Salleh ni memang sangat berminat menyesatkan diri kan...aku pun tak berapa nak faham kenapa...tapi aku rasa lah...kalau kita masuk pagar sesat ni..kita dapat menjana pemikiran kita dalam keadaan kritikal tanpa bantuan iPhone mahupun Blackberry. Yela berbaur perasaan cuak,takut dalam masa nak cari jalan keluar...lepas tu kalau dieorang 6 orang tu ada..aku rasa daripada rasa takut jadi tak takut langsung...dan aku tengah terpikir apa lawak yang akan dieorang hasilkan..hahaha MEMANG TERBAIK LAH....

Pagar Sesat Trafalgar ni merupakan sebahagian daripada projek oleh Perkongsian West End bagi menggalakkan pelawat meneroka kawasan di West End. Ia merupakan satu program kebudayaan untuk pelawat yang mengunjungi kawasan itu.

Bagus betul!! aku rasa Malaysia patut bina Pagar Sesat sebab dapat menarik pelancong datang ke Malaysia...meningkatkan ekonomi Malaysia...sekaligus sebab aku nak pergi(*fakta utama)... lepas tu aku nak ajak asya, munie,adie, zurin, nad and mira pergi...pastu pastikan dieorang bagi semua handphone kat aku and suruh dieorang masuk pagar sesat tu...(*hahahahaha gelak puaka)...

sekian coretan dari saya... :))

Wednesday, October 6, 2010

SEdih.......

emmm... nak cakap pe pasal entri ni....

aku xtahu kenapa perasaan aku hari ni sedih....banyak benda berlaku...tapi kau tahu walaupun aku sesedih mana sekalipun..aku cuba mencari sekelumit kegembiraan....

walau badai hati melanda sekalipun...aku masih tetap senyum...

itulah aku...tiada benda yang mampu EFFECT aku...mungkin sesetengah....

tapi....hanya aku dan DIA je tahu...


Tuesday, October 5, 2010

THE BEST JOBS DUDE!!

  1. Mathematician
  2. Actuary
  3. Statistician
  4. Biologist
  5. Software Engineer
  6. Computer Systems Analyst
  7. Historian
  8. Sociologist
  9. Industrial Engineer
  10. Accountant
  11. Economist
  12. Philosopher
  13. Physicist
  14. Parole Officer
  15. Meteorologist
  16. Medical Laboratory Technician
  17. Paralegal Assistant
  18. Computer Programmer
  19. Motion Picture Editor
  20. Astronomer
Ini adalah senarai antara 200 jobs yang terbaik hingga ke pekerjaan yang buruk or kureng laaa....SILA TENGOK YE...MATHEMATICIANS AND STATICIANs ADALAH YANG TERATAS...so PLEASE....!! sape yang PANDANG RENDAH PADA ORANG MACAM KAMI NI...sila DONGAKKAN KEMBALI KEPALA TU...tak bermakna anda ambil MEDIC anda adalah yang TERBAIK....ok!!

kami sebagai MATHEMATICIANS AND STATICIANS ni sengaja je low profile...tak nak tunjuk hebat.. t takbur pulak kan..huhuhu...so jangan MEMPERKECILKAN kami....

nak tunjuk lagi ni:
"Employment of mathematicians is expected to increase by 22 percent during the 2008–18 decade, which is much faster than average for all occupations. Advancements in technology usually lead to expanding applications of mathematics, and more workers with knowledge of mathematics will be required in the future. However, jobs in industry and government often require advanced knowledge of related scientific disciplines in addition to mathematics. The most common fields in which mathematicians study and find work are computer science and software development, physics, engineering, and operations research. Many mathematicians also are involved in financial analysis and in life sciences research."

nak bagi tahu lagi ni...tak semua orang pandai mengira...tak semua orang boleh menghafal..TAPI tak semua juga yang pandai BACA NOMBOR.....

senarai2 jobs yang saya tahu kami boleh buat seperti:
  1. researcher
  2. marine/actuarial/army/navy consultant
  3. data analisis
  4. bisnes analisis/dashboard analisis/marketing analisis
  5. strategik bisnes analisis
  6. eksekutif
  7. mathematics engineer
  8. lecturer
  9. actuarial eksekutif
  10. statistician
  11. manager/assistant manager, corporate planning
  12. operation officer(data processing)
  13. senior eksekutif, risk management and actuarial
  14. client services eksekutif
  15. statistical analisis
ada banyak lagi..tapi ni je yang jumpa.....

SELAMAT BELAJAR!!!

Monday, October 4, 2010

SAYANG SEMUA

Sejak beberapa hari lepas balik raya ni..aku selalu rindu kat mama,baba,abang and ameera... tak tahulah kenapa..mungkin hati sunyi..

Tapi kalau kat rumah selalu je aku kena marah dengan mama..pernah jugak gaduh nan mama..yelaa x sefahaman...tapi walau gaduh macam mana sekalipun, kalau aku mintak nak makan sesuatu mesti mama buat...CONFIRM!!


mak aku tengah selsema..hahaha
Yang buat mak aku UNIK daripada mak orang lain (*jgn ambil hati ye) ialah walaupun mak aku ni bekerja, dia sanggup bangun seawal 5PAGI!! semata-mata nak siapkan breakfast kami adik-beradik and sekaligus dia akan prepare for lunch! WAH!! memang aku bangun terus pergi dapur cari makanan walaupun belum mandi n gosok gigi (*ambil bau dulu)..mmg aku SALUTE mak aku...dari aku kecik sampai laa da sebesar orang ni...dia masih begitu...mana aku xgemuk kalau duduk rumah..mak aku asyik masak je...MMG TERBAIK...

kenapa aku cerita pasal mak aku pulak ni kan... Yela dulu pernah ada jiran masa kat Melaka..kawan baik aku jugaklaa...masa tu sekolah rendah lagi..aku ni dengan baik hati tanyalah si kawan ni "ko dah makan belum"..si kawan ni cakap mak dia tak masak...aku tanyalah kenapa..dia cakap mak dia malas..selalu ayah dia yang masak..ADUH!!..kesian gila kan...hari2 camtu...

Berbalik pada mak aku..dia ni tersangatlah murah hati..masa aku sekolah2 dulu..tiap2 minggu mak aku akan bagi duit..tapi bergantung jugak..kalau 2 3 hari duit dah habis..aku pau laa lg mak aku... Nak di jadikan cerita..aku selalu gak pau mak aku ni..Bila time sekolah hari isnin, mak aku dah bg duit cukup utk seminggu sekolah..tapi bila hari rabu mak aku dah start tanya "ada duit tak"... aku pun mengambil laa peluang keemasan ini utk pau duit mak aku..aku pun cakaplah takda duit..

tapi bagi nk mendapat kan duit ni..kena melepasi beberapa halangan seperti pertanyaan pedas dari mak aku seperti "ko buat apa duit ko cepat habis"..aku pun dengan muka selamba.."nur beli pensel laa"..mak aku tanya lagi " asik beli pensil je, ko makan pensil ke kat sekolah"..hahaha... tapi akhirnya dapat gak...

agenda lain nak menge"pau" duit mak kau ialah...aku ni tersangat rajin pergi ke kedai..kalau mak aku suruh pergi beli kelapa or pape je..aku laju je tolong dia..tapi ada taktik kotor di sebaliknya...mak aku ni biasa bagi duit lebih kalau nk beli sesuatu brg...tapi padahal harga barang yang nak beli tu murah je...so duit lebih beli brg tu aku simpan laaa... bila mak aku tanya mana baki..aku jawablaa upah duit minyak and duit ke kedai...haha..padahal aku g kedai naik basikal je..takpun jalan kaki....hahaha..mana pakai minyak...pakai peluh je..hahaha...

tapi lagi satu mak aku..dia tak boleh anak2 dia jauh dari dia.. dulu masa aku ikut pakcik aku g Cameron highlands..gaduh besar aku nan mak aku...tapi nak wat cmne tak boleh laa suh aku terperap kat umah kan...sori ye mama...

tu jelaaa..kalau nak cite kenakalan aku banyak lagi...macam mana aku nan abg aku sembunyi dalam kereta sebab balik umah dah maghrib, pastu kiteorang pecahkan cermin kabinet mak aku, pecah pinggan mangkuk, kena pukul sebab bising,part sedih bila aku dah tak boleh tidur sebilik dengan abg aku sbb masing2 da besar.. bila aku nangis sebab abang tak siap kerja sekolah..bila abang aku peluk aku sebab aku takut..bila abg aku pujuk aku sbb takut aku ngadu kat mak aku..bila abg aku pau duit aku sebab nak beli kapal terbang..aaaaaa manisnya kenangan.....

Saturday, October 2, 2010

kenapa orang tak suka "ORANG GEMUK"

al-kisah nak dijadikan cerita daripada tajuk ini. Bila kita gelar "gemuk" pada kawan kita, mungkin itu menjadi satu perkataan yang buat mereka jadi kecil hati, terasa hati atau mungkin merajuk. Begitulah sensitifnya perkataan "gemuk" ini. Lebih-lebih lagi kalau kita sebut pada orang yang memang sedia ada gemuk. Tapi jika orang itu kurus, dan kita pula menggelarkan beliau gemuk, mungkin orang tersebut tak berapa nak terasa hati.

Mesti semua tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya nak cerita pasal "gemuk' pulak. tambah pula dengan ayat yang "skema' ni.. Macam ni ceritanya..semalam saya ada ber"YM" dengan kawan saya..Sedang syok2 chatting tu..Dia tanya saya" tak tido ke". saya pun jawab la" nak tido laa ni..penat"..dia pun menjawab" ooo xbaik tido banyak2, nanti gemuk"..dengan rasa xberapa nak puas hati saya menjawab" ooo..yeke..awak ada masalah ke kalau saya gemuk"..dia jawab lagi" xdala, cuma kalau gemuk, nanti banyak penyakit" dengan rasa malasnya..saya pun tak balas.. bukan terasa hati saya gemuk or pape... cuma malas..saya tahu orang macam tu.. saya tahu bagaimana rasa jadi cantik, lepas tu jadi kegilaan ramai..saya juga tahu bila jadi gemuk, and tak ada orang nak pandang.

Tapi jalan cerita ini bukan berkisar tentang saya yang gemuk..saya tak gemuk..betol tak kawan2??haha.. saya cuma ingin meletakkan diri saya dalam diri orang yang gemuk.. orang gemuk juga ada perasaan, ada perasaan cinta,sayang,gembira,duka...semualah..sama macam orang biasa...tapi masalahnya ramai yang terlupa dan selalu memperkotak-katikkan perasaan dieorang..orang gemuk ni dieorang selalu rendah diri kerana dieorang sedar diri dieorang ni macam mana..gemuk,xcantik,xhensem,hodoh, so bila korang selalu buli mereka2 ini..dieorang jadi lebih "down"..dieorang sebenarnya nak nangis, nak jerit..tapi hanya mampu lakukan itu semua jauh dalam sudut hati...sebab dieorang tahu orang macam dieorang ni xmampu and xlayak bersuara...(* ceh macam aku tahu sangat perasaan mereka2 ni)..

mungkin xtahu sangat..tapi saya tahu sedikit2 sebab ada kawan2 dan juga sedara mara yang gemuk dan selalu berkongsi perasaan dengan saya.. saya faham perasaan dieorang bila selalu dihina..bila cinta mereka tak bersambut walaupun telah banyak yang die korbankan untuk orang yang die sayang tu..TApi orang tu masih buta dan tak nampak..masih mahukan orang lain..orang yang lebih cantik..lebih kurus,,lebih Hot...


TAPI masalahnya..betul ke orang gemuk ni banyak penyaki?? betul ke kawan2?? Mungkin juga..tak dinafikan..tapi ingat kalau kurus tak banyak penyakit ke.. ANOREKSIA, BULIMIA.. itu antara penyakit yang melibatkan orang kurus dan kemungkinan besar kalau terlampau kronik obsesinya, akan membawa maut...

Apa ye ANOREKSIA DAN BULIMIA ??Anoreksia dan bulimia merupakan gangguan makan yang menyiksakan, dimana kedua keadaan itu sama bahayanya bagi tubuh. Gangguan tersebut dihasilkan oleh ketakutan bahwa tubuh akan menjadi gemuk setelah makan, dan ketakutan mental itu akan terpancar melalui penyiksaan fizik.


Gejala umum anoreksia dan bulimia aitu depresi, kepercayaan diri yang rendah, penampilan yang tidak menarik, hubungan keluarga yang terganggu, nafsu makan berkurang,sukar mengawal emosi, mudah berjangkit penyakit,kurang berat badan ,dan kekurangan nutrisi.

Ciri khas penderita anoreksia antara lain sebagai berikut:
1. Biasanya penderita adalah wanita, baik remaja, dewasa atau yang baru memasuki masa akil baligh.
2. Tumbuh dalam lingkungan keluarga yang menekankan pentingnya prestasi sebagai nilai kebanggaan keluarga.
3. Mempunyai perhatian yang berlebihan tentang kesempurnaan penampilan.
4. Mempunyai orang tua yang sangat sibuk dengan dunia mereka sendiri. Penderita anoreksia biasanya merasa harus menjadi sempurna agar mendapat perhatian dari orang tua mereka.
5. Ditandai dengan perubahan fisik seperti rambut rontok, terhentinya ovulasi dan menstruasi, degupan jantung lambat, tekanan darah rendah dan tidak mampu menahan rasa dingin.
6. Biasanya memiliki tingkat depresi yang lebih parah dibandingkan penderita bulimia.
7. Rentan terkena osteoporosis?kerana kalsium yang rendah.
8. Dapat menyebabkan kerosakan hati dan organ-organ penting yang lainnya jika berat badannya turun dibawah batas normal.


Ciri khas penderita bulimia adalah sebagai berikut:
1. Penderita lebih sukar untuk di cam kerana berat tubuh mereka bisa saja melebihi batas normal, di bawah batas normal, atau bahkan mempunyai berat tubuh yang normal.
2. Biasanya penderita adalah wanita, baik remaja mahupun dewasa muda.
3. Ciri utamanya dapat dilihat dari pola makan seperti makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian dimuntahkan kembali atau mengambil obat pencahar dan obat diuretik untuk memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan.
4. Mempunyai beberapa masalah kesihatan yang muncul akibat kebiasaan memuntahkan kembali makanan setelah dimakan, seperti terjadinya luka pada dinding perut, radang pada usus buntu, denyut jantung tidak teratur, kerosakan pada ginjal kerana rendahnya pemgambilan potasium, rosaknya email gigi kerana terciptanya asid yang berlebihan ketika muntah, dan terhentinya menstruasi.
5. Kemarahan tertahan kerana tidak mampu untuk mengekspresikan emosi dengan cara yang lazim. Biasanya penderita bulimia takut mengecewakan orang-orang yang mereka cintai dalam lingkungan mereka.


moral of the story: tak kisah laa kita gemuk mahupun kurus..masing-masing insan dalam dunia ini ada kekurangannya..janganlah kita jadi terlalu gemuk hingga obesiti dan jangan pulak jadi terlalu kurus kerana takutkan gemuk dan terjerumus kepada anoreksia dan juga bulimia...tetapi walau apa pun bentuk manusia kat muka bumi ini..Cuba lah yang terbaik untuk jaga hati masing2...mungkin saya juga terlupa...kita sebagai manusia salinglah mengingatkan..kalau saya ada terkasar bahasa...bergurau kasar..tegur2 lah..kadang2 bukan niat hati nak berkasar...
"hendak mengejar ayam terlepas pun susah. inikan pula mulut manusia"...