Tuesday, December 28, 2010

apa akan terjadi bila anda punya.............................

pagi ni baba dapat mesej dari kawan dia. Memandangkan baba tengah drive dengan speed mencecah 107km/hr (*dah lambat pergi kerja)..maklumlah... so kena lah high speed...
aek??? Kenapa tiba2 I ikut baba pergi kerja???
tak ikut pun...baba akan turunkan I and adik kat rumah melaka...
Macam biasalah..aktiviti mengemas, membersih, megelap macam ORANG GAJI

hah..cakap pasal ORANG GAJI..kita berbalik pada kisah high speed tadi...
memandangkan baba tengah drive, so sebagai assistant bertauliah I diarahkan untuk membaca mesej tersebut...

Mesej tersebut berbunyi
"....pergi imegresen.......ada meeting....dato' Kp"-mesej dari bekas jiran rumah sebelah

lebih kurg macam itu lah mesej nya... baba pun cakap
"mesti ada masalah dengan ORANG GAJI dia lah tu, kena pergi jumpa ketua polis tu"

I pun kesian pada ex jiran I tu... Maklumlah termasuk orang gaji ni...
dah tiga kali tukar......
kalau I kali ketiga tu dah tak ada dah....

ORANG GAJI YANG PERTAMA dulu selain dah habis kontrak, dia kata ORANG GAJI tu kuat bercerita dengan jiran2...

ORANG GAJI YANG KEDUA pula curi duit....(* dah pulak...kalau I lepas ni dah tobat tak nak ambil lg)

ORANG GAJI YANG KETIGA...I tak tahu masalah apa...sbb dah tak berjiran lagi...hehehe

I faham kebanyakkan orang ambil ORANG GAJI ni sebab dia sibuk kerja, balik malam.
lepas tu tak ada orang nak jagakan anak dieorang....
Perkara macam ni tak patut terjadi laa... yela sebelum kahwin tu dah kena buat FAMILY PLANNING... Sebelum kahwin macam mana, selepas ada anak macam mana. bila anak dah besar macam mana....

bila dah ada anak, tak ada orang nak jaga, semua nak lepaskan pada ORANG GAJI.

semua benda tu kan kena MANAGE dari awal...ecececeh
macam dah kahwin pulak...

saudara mara I xpernah lah ambil ORANG GAJI sbb kita orang mmg tak percaya pada MEREKA2 YANG BERKENAAN...HEHE

DULU waktu I and abang kecik2 dulu pun tak ada pakai ORANG GAJI ni...
mama akan tumpangkan I kat rumah jiran laaa... tapi nanti pagi2 sebelum mama pergi kerja and selepas i pergi sekolah... Biasanya mama akan hantar nasi and lauk pauk laa kat rumah jiran tersebut...
yela tak nak menyusahkan dieorang tanggung I makan pulak kan...kalau I ni makan sikit tak apalah jugak.. ni melantak macam seperiuk tak cukup..(* hehe xdala macam tu)
lepas tu cukup bulan, mama bagi lah duit sikit...

tapi tengok jela skg...ORANG GAJI rompak majikan..baru kerja dua tiga hari. lepas tu panggil kawan2 rompak majikan dia...dahsyat..Yelaaa siap berparang2 bagai..

pastu pernah dulu gempar, orang gaji dia pukul anak dia, xbagi makan. bila mak budak tu balik, tengok anak dia asyik minta nasi nak makan. KESIAN.. Mak budak tu jadi curiga lah...kenapa anak dia asyik minta makan...ORANG GAJI dia tak bagi makan ke...
so, dengan kebijaksanaan mak dia, mak dia dah pasangkan kamera nk tengok apa orang gaji dia buat...
hah sekali ambik kau...mmg jahat sangat lah ORANG GAJI dia...mmg patut pun anak dia minta mak dia nasi...
Orang gaji tu tak bagi makan pun.. ishhhhh....

SO, kepada mereka2 di luar sana (*ecececeh)..BERHATI2 LAH...
I tak tak cakap salah ada ORANG GAJI...ada je yang baik... tapi yang jahat tu lebih banyak dari yang baik kan...
bak kata pepatah NABIL
"KORANG ADA MATA MELIHAT,
ADA TELINGA MENDENGAR,
ADA OTAK, LU PIKIR LA SENDIRI"

pesanan khidmat masyarakat:
jiran and ayah I tu satu tempat kerja\ :))

Wednesday, December 22, 2010

KUMON

OK GUYS... Semalam seseorang bagitahu I tentang KUMON ni...

I dah lama tahu tentang KUMON ni...just xpernah terfikir KUMON ni GEMPAK HABIS!!
and seseorang ni cadangkan I reka teknik belajar MATH paling senang since I mmg ambil MAJOR MATH.

Sebelum2 ni mmg I ada ajar adik and adik sepupu I MATH.
AMAZINGLY..adik I score A dalam MATH dia...
adik sepupu I pulak, dia kata dia suka I ajar dia...

So tandanya I boleh mengajar ke????hehe...


KUMON ni mmg bagus sgt. sape yg nak hantar adik ke mmg berbaloi sgt..
harga pun berbaloi laaa ye.....
yang penting teknik mengajar KUMON mmg terbaik...

Jadi I pun bercita2 nak bukak PUSAT TUISYEN yang terkenal macam KUMON ni..
Bersiap sedia lah nak hantar anak2,adik2 u all kat PUSAT TUISYEN I ye..heheheh
Insyaallah satu hari nanti...amin..

p/s
asya , munie amacam...kata nak
bukak PUSAT TUISYEN...
jadi tak??? hahaha

Tuesday, December 21, 2010

I minat apa ye?????

ok alhamdulillah...akhirnya I ada masa nak update blog. Hari ni I kat MELAKA...
Tolong mama kemas rumah homestay... so mama akan hantar i and Meera tiap hari Selasa
sbb kat sini ada PASAR MALAM setiap hari selasa..
Macam biasa I nak beli kuih "dongdoram[baca dgn nada negeri sembilan]" atau biasa orang panggil kuih telinga keling...tapi bukan telinga orangnya tau..haha

hah..cerita pasal minat pulak...baru2 ni I ada tengok blog kawan iaitu Acanmunie...
i tengok dia buat dress, trouses, maxi and lain2 laaa...seronok tengok orang pandai buat itu ini...
lebih2 lagi I tengok dia buat semua hanya dengan belajar di YOUTUBE!!! lagi GEMPAK
yelA itu lah kalau ada minat kan.... baru dapat LIVE LIFE TO THE FULLEST...
BARU ada cerita nak story nak bagitahu cucu cicit...
" cu nak tahu dulu nenek jahit baju sendiri" cucu pun jawab " yeke!! Gempak tol nenek ni"

soooooo I ni minat pe aek?? bila I fikir2...I tahu I minat apa...
I minat rumah....hahahaha...besar betul minat I ni...Jangan main2

I minat hiasan dalam rumah, luar rumah and design rumah tu sendiri...
Habislah laki i nanti...hehe...basically I minat rumah ala2 English style gitu....meditarannean pun okj juga...
TAPI I x boleh belajar buat rumah dari YOUTUBE kan...?? boleh ke?? hahaha

ini rumah ala meditarranean. i suka rumah macam ni. Antik..
Dulu masa pergi Fraser hills pun banyak rumah camni..hehe




hah.. i letak jugak swimming pool ni..haha berangan la ko ni puteri...
yela mana tahu air kat rumah kena potong ke... boleh mandi sini je kan....



Meditarranean house.


Ini pula contoh GARDEN HOUSE. I suka jugak rumah macam ni...
dapat sedut OXYGEN free je...

SWEET je tempat camni....aaaaaaaaaaa....
cuba bayangkan bakal laki I melamar I kat sini...
SWEETNYE......


ini pulak macam PAGOLA,,, Wajib ada kalau buat GARDEN HOUSE...
I dapat bayang kan...cantik bakal rumah I nanti...hehe


so lastly i cadang nak buat PAGAR SESAT NI...hahaha... Confirm sebulan Tak samapai rumah I...

p/s
dalam dunia ni semua orang ada minat dan bakat...
kalau rasa diri tu berbakat, cubalah something interesting..
Baru bermakna HIDUP..
LETS LIVE LIFE TO THE FULLEST!!

Friday, November 5, 2010

"LOVE IT.LIKE IT."


ok2 guys...i nak introduce someone...maybe he is not that hot,not famous...But he is ABSOLUTELY CUTE...hehe...well2..suddenly i had a crush..haha..Not actually my crush...Minat2 je...

Minat tak long lasting..for me..for certain people, they admire hingga ke akhir hayat(perhaps :) )... ok2 dis guy im talking bout is "DEVON BOSTICK"... yes DEVON BOSTICK!! REPEAT HIS NAME AGAIN......aaaaaaaaaaaaaa....DEVON BOSTICK!!

i jadi suka kat devon ni when i watch movie"The Wimpy Kids"..my friend munie gave me that movie...aaa...thanks ya munie...hehe..though his character in that movies was very antoganist..very bad brother..but yet his kind a cute lol....
nak jerit lagi..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


ok..cuba u guys tengok muka dia yang suci ni...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....hehe.. i tak tahu kenapa minat dia...sedangkan ramai lagi yang lebih handsome dari dia...mungkin cara dia buat i tertarik..ceH!!! konon...

zaman2 minat artis ni datang balik ke..emm teringat masa zaman sekolah minat ANUAR ZAIN la...BRENDAN FRASERS laa..HAYDEN CHRISTENSEN laa...rasa macam bodoh sangat..hahaha
yela..kecik2 dah pandai nak minat2 orang...macam semua orang yang i minat tu..minat kat i..haha



Tapi kali ni lain.."DEVON BOSTICK".... i mimpi nak jadi mrs. Bostick..haha...gila ke apa saya ni...
ok2 sebelum i jadi gila...mari kita film or tv shows yang pernah dia berlakon...

List of films and roles
Year↓ Title↓ Role↓ Notes
2003 The Truth About the Head Boy
2004 Godsend Zachary Clark Wells
2005 Land of the Dead Brian
2006 King of Sorrow Low Man
2006 Aruba Mark
2006 Citizen Duane Maurie Balfour
2006 American Pie Presents The Naked Mile High School Student #4 Direct-to-video
2007 The Poet Guard #1
2007 Fugitive Pieces Ben - Teen
2007 The Stone Angel Young Marvin
2007 Saw IV Derek uncredited[4]
2008 Adoration Simon
2008 The Dreaming Boy
2009 Survival of the Dead Boy
2009 Saw VI Brent
2009 Assassin's Creed: Lineage Ezio Auditore da Firenze Short film
2010 Diary of a Wimpy Kid Rodrick Heffley
2010 Verona Christopher Short film
2011 The Entitled Dean Taylor post-production
2011 Hidden 3D Lucas post-production
2011 Sacrifice Mike post-production
2011 Diary of Wimpy Kid 2: Rodrick Rules Rodrick Heffley filming
List of television appearances and roles
Year↓ Title↓ Role↓ Notes
1998 Exhibit A: Secrets of Forensic Science Son 1 episode
2002–
2003
Odyssey 5 Gothic Teen 2 episodes
2003 DC 9/11: Time of Crisis Fireman's son Television film
2003 Jake 2.0 Young Kid 1 episode
2004 1-800-Missing Zack 1 episode
2004 Hustle The Kid Television film
2005 Shania: A Life in Eight Albums Mark, 14 yrs. Television film
2005 Knights of the South Bronx Darren Television film
2006–
2007
Degrassi: The Next Generation Nic 3 episodes
2007 Stump Ryan TV series
2007 A Life Interrupted Young Bobby Television film
2007 The Altar Boy Gang Terry Television film
2008 Princess Older boy Television film
2008 Roxy Hunter and the Horrific Halloween Drew Television film
2009 The Good Germany Dale Mackay 1 episode
2009 Guns Boy #3 2 episodes
2009 The Border Ali Jabir 1 episode
2009 Being Erica Leo Strange 13 episodes
2010 Rookie Blue Martin Blentz 1 episode
2010 Flashpoint Paul 1 episode
2010 Haven Jimmy 1 episode

ok..kebanyakan cerita yang dia berlakon, dia tak bawak watak besar pun..just minor2 je..tapi dengan rupa dia ni...i rasa dia boleh pergi jauh (*bodek)...hehehe

i pernah tengok cerita LAND OF DEAD...CERITA land of dead, survival of dead, day of dead..dan banyak lagi...cerita ni semua berkisar tentang zombie..BEST SANGAT!! try la tengok..huhu



k..ini lah wajah kekasih baru i...hehe..HANDSOME sangat... pada sesiapa yang tak suka tu...please2 jangan kutuk dia...dan anda boleh pergi main jauh...pada sesiapa yang masih tak puas hati... k fine..boleh kutuk..tapi kutuk dalam hati je...

Wednesday, October 27, 2010

masakan kejayaan

Resepi Kejayaan

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana dek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

SELAMAT MENCUBA.... : ))


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, October 26, 2010

KEHADAPAN MY FUTURE HUSBAND


kehadapan my future hubby,

i mula terfikir nak tulis mengenai perkara ini bila i selalu tengok kaum adam selalu post tentang future wife diaorang. Apa kata kaum adam pula tahu mengenai future husband kaum hawa atau saya sendiri.

To my hubby,

u tahu i tulis ni sebab i just nak bagi tahu u perasaan i sendiri macam mana. Kita sama-sama tak pernah jumpa each other. Mungkin bila dah jumpa nanti berdebar rasanya. But if one day kita dah jumpa i nak cakap i admire giler kat u. u tahu i harap bila kita dah jumpa nanti,u dapat terima i seadanya walaupun i ni gemuk ke, cantik ke, buruk ke, kurus ke. i harap u tak kisah rupa i macam mana pun. I tahu semua orang mahu kekasih dia cantik ataupun dalam erti kata lain sedap mata memandang. Tapi kalau i tak macam tu i tahu u tetap terima i,sebab kalau tak, masakan u terima i... by the way, u pun xperlu handsome sangat..handsome sikit2 je boleh... coz i tak suka orang lain pun minat kat u.. kalau i ni milik u, mst u juga milik i kan. lagi satu, i xsuka kalau u nak jadi kurus sangat macam guys lain yang pernah i tengok.. u tahu tak macho pun bila kurus sangat..nampak macam tengkorak berjalan aje... u jangan macam tu k...berisi sikit tak apa..

I tahu sekarang ni semua orang ada facebook. tapi nanti bila i tengok facebook u or mana-mana laman sesawang yang u buat, u tak ada letak gambar-gambar u yang tayang-tayang body. sebab setahu i lelaki ni suka tunjuk body,macam lah cantik sangat badan tu, macamlah berotot sangat.. kalau yang kurus sangat tu tayang body lagi memalukan..tak cantik pun..tak ada pun orang suka tengok.. tapi i tahu u tak macam tu kan...u baik, alim, handsome lagilah jgn cakap..

lagi satu, i tak kisah u nak berchatting dengan mana-mana girls lain ,tapi asalkan u sentiasa ingat batas-batas u sebagai kawan dengan mereka. U tahu ada certain girls ni kadang sengaja nak putuskan hubungan orang .sebab cemburu dengan kebahagiaan orang lain. I harap u sentiasa beringat. Kalau ada orang macam tu dalam hidup kita, kita anggap sebagai satu cabaran dan jangan mudah melatah. Lagipun u tahu perempuan macam i ni cepat cemburu tau kalau orang yang dia kasihi tu layan orang lain lebih dari diri dia. U tahu kenapa?? sebab hati perempuan ni lembut.Mereka penuh dengan kasih sayang , manja. Walau sekeras mana hati seorang perempuan tu, tapi kalau sentuh tentang orang yang paling dia sayang, mesti tak keruan dibuatnya.

i nak bagi tahu u ni, u janganlah risau, coz i tak akan pakai seksi meksi pun melainkan bila kita dah kahwin nanti kan u.....

To my hubby,

I pun tak tahu pasal future i, tapi i dah berangan nak kerja lepas i habis study. lagipun sia-sialah kalau i belajar selama ni, tapi akhirnya i tak aplikasikan pelajaran i. I harap u bagi i kebenaran i nak bekerja. U janganlah risau, i bekerja pun sebab nak tolong u. Cuba u bayangkan bila kita kahwin nanti, and kita ada ramai anak. Mesti sesak nafas u nak cari duit. Nak bayar bil, pakaian anak-anak, makan minum. kan u..mesti u pokai habis nanti. Jadi u mestilah bagi i kebenaran bekerja : ). Bab jaga u tu, u janganlah risau. I boleh jaga u punya. Kita balik kerja malam. So malam lah i jaga u..Macam biasa lah u..Pagi2 i dah masak untuk anak2..kalau susah sangat kita ambil orang gaji.. Tapi jangan pulak u nagada-ngada kahwin dengan orang gaji tu.. Tapi insyaallah u, i akan dapat jaga u and anak2 semua. Selagi ada u kat sisi i.

U.. u janganlah risau, lagipun i tak mintak u bagi i rumah 10 tingkat,emas,intan berlian,kereta porsche ke, i tak mintak semua tu. Buat apa semua harta banyak-banyak tu u. Last2 nanti kita kena rompak. kan susah kita u....Kita hidup bersederhana aje sudah u...Ok tak u??

Dear hubby,

U..kalau u nak anak sampai 20-30 orang tu, I tak mampu bagi lah u..mau semput i ni...tapi kalau setakat 6-8 orang tu masih i gagah lagi lah... I harap tak kan kerana benda2 yang i tak mampu sempurnakan hidup u, u nak kahwin lain pula...jangan u...kecewa i nanti...sedih i dengar u...U tahu kan betapa i cintakan u. I tahu kononnya kalau benarkan si suami kahwin lain, kita akan dapat payung emas di syurga..i tak mahu semua tu sebab i masih nak jumpa u di syurga.u seorang je dengan i. Nanti i harap bukan kerna perkara-perkara kecil atau besar, u nak kahwin lain pulak.
Cuba u lihat orang lain yang cerai berai tu, u tak rasa ke mereka tu manusia paling rugi. Yelah....kahwin beribu-ribu, tapi cerai hanya sekali lafaz je..tak perlu bayar pun..Kita ni kahwin sbb kita dah berjanji sehidup semati sebab u kekasih i dunia akhirat.

emmm.... u tahu, i tak mengharap pun u gentleman sangat..cukuplah kalau u sweet sangat. I suka manja dengan u.Tapi i tak harap u manjakan i sangat. nanti mengada-ngada jadinya. I nak berdikari. I tak nak susahkan u. I tahu u selalu boleh tolong i. selalu ada masa untuk i. thanks u. Tapi i tetap tak mahu susahkan u. sebab u ada kerja u sendiri, ada komitmen sendiri. nanti kerana i u pening kepala, jatuh sakit pula. U tengok, i prihatin sangat kat u. nanti kalau u sakit, siapa nak buli i, siapa nak gaduh dengan i. Jadi i tak nak susahkan u. I harap u sentiasa jaga kesihatan u elok. tengok lagi u...betapa i terlebih prihatin kat u..

hah..terlupa pula.. u, i tak nak tahu u tu hisap rokok.. u tahu rokok tu bahaya. Bahaya untuk u,i and bakal anak2 kita nanti.. U tahu i sensitif sangat dengan asap rokok.. i harap u sentiasa berhati-hati k...

To my dearest hubby,

U, terus terang i cakap, i tak pandai masak.Masak simple-simple je i tahulah. tapi u jangan risau i dalam proses belajar dengan ibu. I cakap u nak makan masakan i. So i kena belajar masak dari sekarang. Sweet kan i. U happy tak...k u bagi tahu lah i apa favourite makanan u. Bolehlah i belajar nanti ok..

ok sepanjang kita belum jumpa i janji akan jaga diri i elok2...tak akan keluar berdua2an... tapi kalau kita dah jumpa nanti i nak kita terus kahwin je..nanti kalau tunang lama2 takut tak manis and tak berpanjangan. u pun janganlah kapel banyak2..jangan rosakkan anak gadis orang lain..tak baik..

akhir kata,
bila kita kahwin nanti, i masak,u makan. u imam,i makmum.u baca doa,i aminkan. i merajuk,u pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain. You pun mesti tak terlepas i kan sebab kita ditakdirkan bersama di dunia dan akhirat.




Monday, October 25, 2010

DEALOVA


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
kerna langkah merapuh tanpa dirimu
ohh kerna hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu tanpamu sepinya waktu merantai hati
ohh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hati ku
yang memanggil
rinduku padamu ooooo
kau seperti udara yang ku hela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi dan sepiiiiiiii.......
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu ooo
seperti udara yang ku hela
kau selalu ada


tiba2 dok teringat lagu ni..teringat time sekolah2 dulu..time banyak konflik...huhu..
bila egt masa zaman2 sekolah dulu rasa kelakar pun ada...jadi lagu ni banyak maknanya...

banyak lagi lagu yang terkesan kat aku memandangkan ramai yang pernah hadir dan pergi dari hidup aku...sob..sob :( maklumlah lumrah hidup...disetiap pertemuan ada perpisahan...jadi aku tak boleh mengharap setiap pertemuan akak kekal lama...even suami isteri, ibu bapa, adik beradik, kawan2..semua akan berpisah....tiada yang abadi di dunia...

harap nanti kita semua dapat jumpa di akhirat sebagai isteri sejati, anak yang solehah, adik yang setia, kakak yang penyayang dan kawan yang tetap utuh di hati.........

tapi pape pon aku masih lagi kuat hadapi hidup ni...walau tiada siapa dekat di hati dan disisi...
tapi mak ayah dan family still ada sebagai kekuatan....

hanya TUHAN je tahu betapa aku sayang dieorang....kalau mama tahu apa nur tulis ni...
nur harap mama,baba and semua doakan nur bejaya dunia akhirat...hanya doa mama baba n semua akan selamatkan nur

nur xpenah cakap nur sayang semua tapi hati ni hanya DIA sahaja yang tahu...

Friday, October 22, 2010

To My FUTURE Wife


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.




p/s~ sweet jugaklaa....hehe

Tuesday, October 19, 2010

my NAME is ORANGE

ini adalah cetusan idea daripada kawan saya iaitu HIDAYAH HAMKA atau lebih dikenali sebagai adie..huhu

Walaupun sekarang ini di kolej saya, masih ramai lagi yang beremosi tentang perlawanan bola semalam di antara K5 dan K6...tapi saya masih COOL...sbb tak pergi pun..hahaha..
tapi bersebab tak pergi tu...saya ada kelas laaa....kalau tak saya pun join sekali main bola tu (*mcm tau je) hehe

ok berbalik kepada ORANGE ye.....

Buah oren dan citrus berbentuk seperti buah dada wanita sebenarnya membantu dalam kesihatan buah dada seperti memudahkan keluar masuk lymph

Read more: http://fid.ohmacamitu.com/barang-peninggalan-nabi-muhammad-dan-khasiat-buah-pada-bentuknya/#ixzz12nFXjrvW








p/s: sebenarnya banyak kebaikan buah oren ni..tapi malas je nak tulis banyak2 sbb nak tidur...
lain kali saya bagitahu tentang buah lain pula ye.............

Friday, October 15, 2010

aku tak pernah takut sendiri......

Pernah dulu
Saya takut bersendiri
Mesti berteman
Ke mana pun saya pergi.

Tapi semalam cikgu cakap,
“Bila mati nanti kita sendiri-sendiri”
Betullah tu kan?

Hari ini
Saya mesti biasakan diri
Untuk sendiri-sendiri
Jadi kalau esok saya mati,
Saya dah tak takut lagi.
Kan?

daripada karya:Esok saya mati

Dari dulu aku dah tahu dan kini aku nak beritahu "JANGAN PERNAH TAKUT SENDIRI"

Mungkin bahagia hari ini,tapi duka hari esok tiada siapa ngerti

Mungkin gembira hari ini,tapi tangisnya tiada siapa yang dengari

Mungkin punya segalanya hari ini,tapi esok masih lagikah??

Mungkin sendiri hari ini, tapi bahagia menanti esok...

Mungkinkah semua itu...

Mungkin kerna aku lebih mengerti........

Walaupun hari ini aku melangkah sendiri

Tak pernah sekali hatiku gentar

bahkan aku bangga mendonggak kepalaku

kerna aku sedar siapa disekelilingku.......



Sabarlah menghitung kehidupan.....
kerna hidup tak pernah adil......

notes: To maria~ im glad that you are my BESTFRIEND...im glad people hurting us so damn much...im glad that u are such a patient person...im glad that u love me damn much... im glad if God let us meet in the HEAVEN... BUT im sorry for not protecting u when u need me... im glad that God let us together though there so many obstacles we've been through................... IM GLAD U THE ONLY ONE KNEW MY HEART........................................................................






Friday, October 8, 2010

PAGAR SESAT

OK friends..entri ni tak ada kena mengena dengan aku sesat cari pagar rumah aku...atau aku tersesat masuk pagar orang lain ke...ok...tak da kena mengena langsung...

pasti semua orang pernah dengar tentang "PAGAR SESAT" kan??
Pagar sesat ni merupakan panggilan untuk pagar diliputi daun yang mempunyai lorong-lorong mengelirukan, sekali gus menyebabkan seseorang itu sukar untuk menemui jalan keluar.

apa yang buat aku tertarik dengan pagar sesat ni ialah aku sebenarnya jugak ada menyimpan hasrat nak main dalam pagar sesat ni...Tapi tak tahu sama ada kat Malaysia ni ada ke atau tak.. rasanya macam tak ada je


hah!! ini adalah GAMBAR dari udara yang menunjukkan Pagar Sesat Hedge di daerah Wiltshire, Britain baru-baru ini. (* takut ok!! Cuba bayangkan diri kita sendiri sesat kat sini, memang tak kawen laa aku...huhu)

OK!! kalau nak dilihat dari gambar pagar sesat ni...aku tak rasa aku mampu keluar untuk selama2lamanya dari sini...hahaha... lepas tu aku terus berkampung kat situ..buat unggun api ke... tapi sedia maklum lah kan..sekarang ni terlalu banyak gajet2 yang canggih macam iPhone ni kan... tak mustahil orang tak dapat keluar dari pagar sesat..

Sekarang ni semakin ramai pengunjung berjaya keluar dari pagar sesat terbesar di Britain ni dalam masa cuma beberapa minit dengan bantuan telefon pintar iPhone.

Tapi agak2 kan..kalau aku sesat dalam rumah aku sendiri...iPhone ni membantu ke??? (*thinking)hahaha...k shutup Puteri..,,(terpikir je)

kalau nak tahun sebelum-sebelum ini tempoh 90 minit diperlukan sebelum seseorang itu dapat keluar dari Pagar Sesat Hedge seluas 3.2 kilometer di Taman Safari Longleat di sini, barat daya England.(*mak aii besar tol kawasan...confirm!! aku memamng siap buat barbeque kat situ..)

Namun, semua dah berubah setelah ramai pelawat menggunakan iPhone dan BlackBerry untuk memuat turun peta pandangan dari udara pagar daun berkenaan dari laman Google Earth di Internet.(*kalau camni..kena bawak hermira sekali...sbb die punya handphone blackberry kan??huhu...senang cerita bawak laptop terus...agak2 kalau sesat..email je kat mak ayah suruh cari kita...hahaha)

Berpandukan teknologi sistem pengesanan global (GPS), pemilik-pemilik gajet iPhone dan Blackberry dapat mengesan lokasi mereka. Pengguna cuma perlu mengikuti peta dalam talian untuk mencari laluan keluar yang terpantas.(*hanya ambil masa 15 minit je untuk keluar dari pagar sesat)

kalau nak tahu lebih 400,000 orang sesat dalam pagar daun tersebut pada setiap tahun. (*kalau aku yang pergi...confirm aku orang ke 400,001 yang sesat)haha...


Ini pula adalah gambar pagar sesat di Trafalgar Square di London. Kalau nak dilihat pada gambar ni..tak berapa nak takut sangat laaa daripada pagar sesat di Wiltshire tu.

Agak2nya Mat Salleh ni memang sangat berminat menyesatkan diri kan...aku pun tak berapa nak faham kenapa...tapi aku rasa lah...kalau kita masuk pagar sesat ni..kita dapat menjana pemikiran kita dalam keadaan kritikal tanpa bantuan iPhone mahupun Blackberry. Yela berbaur perasaan cuak,takut dalam masa nak cari jalan keluar...lepas tu kalau dieorang 6 orang tu ada..aku rasa daripada rasa takut jadi tak takut langsung...dan aku tengah terpikir apa lawak yang akan dieorang hasilkan..hahaha MEMANG TERBAIK LAH....

Pagar Sesat Trafalgar ni merupakan sebahagian daripada projek oleh Perkongsian West End bagi menggalakkan pelawat meneroka kawasan di West End. Ia merupakan satu program kebudayaan untuk pelawat yang mengunjungi kawasan itu.

Bagus betul!! aku rasa Malaysia patut bina Pagar Sesat sebab dapat menarik pelancong datang ke Malaysia...meningkatkan ekonomi Malaysia...sekaligus sebab aku nak pergi(*fakta utama)... lepas tu aku nak ajak asya, munie,adie, zurin, nad and mira pergi...pastu pastikan dieorang bagi semua handphone kat aku and suruh dieorang masuk pagar sesat tu...(*hahahahaha gelak puaka)...

sekian coretan dari saya... :))

Wednesday, October 6, 2010

SEdih.......

emmm... nak cakap pe pasal entri ni....

aku xtahu kenapa perasaan aku hari ni sedih....banyak benda berlaku...tapi kau tahu walaupun aku sesedih mana sekalipun..aku cuba mencari sekelumit kegembiraan....

walau badai hati melanda sekalipun...aku masih tetap senyum...

itulah aku...tiada benda yang mampu EFFECT aku...mungkin sesetengah....

tapi....hanya aku dan DIA je tahu...


Tuesday, October 5, 2010

THE BEST JOBS DUDE!!

  1. Mathematician
  2. Actuary
  3. Statistician
  4. Biologist
  5. Software Engineer
  6. Computer Systems Analyst
  7. Historian
  8. Sociologist
  9. Industrial Engineer
  10. Accountant
  11. Economist
  12. Philosopher
  13. Physicist
  14. Parole Officer
  15. Meteorologist
  16. Medical Laboratory Technician
  17. Paralegal Assistant
  18. Computer Programmer
  19. Motion Picture Editor
  20. Astronomer
Ini adalah senarai antara 200 jobs yang terbaik hingga ke pekerjaan yang buruk or kureng laaa....SILA TENGOK YE...MATHEMATICIANS AND STATICIANs ADALAH YANG TERATAS...so PLEASE....!! sape yang PANDANG RENDAH PADA ORANG MACAM KAMI NI...sila DONGAKKAN KEMBALI KEPALA TU...tak bermakna anda ambil MEDIC anda adalah yang TERBAIK....ok!!

kami sebagai MATHEMATICIANS AND STATICIANS ni sengaja je low profile...tak nak tunjuk hebat.. t takbur pulak kan..huhuhu...so jangan MEMPERKECILKAN kami....

nak tunjuk lagi ni:
"Employment of mathematicians is expected to increase by 22 percent during the 2008–18 decade, which is much faster than average for all occupations. Advancements in technology usually lead to expanding applications of mathematics, and more workers with knowledge of mathematics will be required in the future. However, jobs in industry and government often require advanced knowledge of related scientific disciplines in addition to mathematics. The most common fields in which mathematicians study and find work are computer science and software development, physics, engineering, and operations research. Many mathematicians also are involved in financial analysis and in life sciences research."

nak bagi tahu lagi ni...tak semua orang pandai mengira...tak semua orang boleh menghafal..TAPI tak semua juga yang pandai BACA NOMBOR.....

senarai2 jobs yang saya tahu kami boleh buat seperti:
  1. researcher
  2. marine/actuarial/army/navy consultant
  3. data analisis
  4. bisnes analisis/dashboard analisis/marketing analisis
  5. strategik bisnes analisis
  6. eksekutif
  7. mathematics engineer
  8. lecturer
  9. actuarial eksekutif
  10. statistician
  11. manager/assistant manager, corporate planning
  12. operation officer(data processing)
  13. senior eksekutif, risk management and actuarial
  14. client services eksekutif
  15. statistical analisis
ada banyak lagi..tapi ni je yang jumpa.....

SELAMAT BELAJAR!!!