Tuesday, October 26, 2010

KEHADAPAN MY FUTURE HUSBAND


kehadapan my future hubby,

i mula terfikir nak tulis mengenai perkara ini bila i selalu tengok kaum adam selalu post tentang future wife diaorang. Apa kata kaum adam pula tahu mengenai future husband kaum hawa atau saya sendiri.

To my hubby,

u tahu i tulis ni sebab i just nak bagi tahu u perasaan i sendiri macam mana. Kita sama-sama tak pernah jumpa each other. Mungkin bila dah jumpa nanti berdebar rasanya. But if one day kita dah jumpa i nak cakap i admire giler kat u. u tahu i harap bila kita dah jumpa nanti,u dapat terima i seadanya walaupun i ni gemuk ke, cantik ke, buruk ke, kurus ke. i harap u tak kisah rupa i macam mana pun. I tahu semua orang mahu kekasih dia cantik ataupun dalam erti kata lain sedap mata memandang. Tapi kalau i tak macam tu i tahu u tetap terima i,sebab kalau tak, masakan u terima i... by the way, u pun xperlu handsome sangat..handsome sikit2 je boleh... coz i tak suka orang lain pun minat kat u.. kalau i ni milik u, mst u juga milik i kan. lagi satu, i xsuka kalau u nak jadi kurus sangat macam guys lain yang pernah i tengok.. u tahu tak macho pun bila kurus sangat..nampak macam tengkorak berjalan aje... u jangan macam tu k...berisi sikit tak apa..

I tahu sekarang ni semua orang ada facebook. tapi nanti bila i tengok facebook u or mana-mana laman sesawang yang u buat, u tak ada letak gambar-gambar u yang tayang-tayang body. sebab setahu i lelaki ni suka tunjuk body,macam lah cantik sangat badan tu, macamlah berotot sangat.. kalau yang kurus sangat tu tayang body lagi memalukan..tak cantik pun..tak ada pun orang suka tengok.. tapi i tahu u tak macam tu kan...u baik, alim, handsome lagilah jgn cakap..

lagi satu, i tak kisah u nak berchatting dengan mana-mana girls lain ,tapi asalkan u sentiasa ingat batas-batas u sebagai kawan dengan mereka. U tahu ada certain girls ni kadang sengaja nak putuskan hubungan orang .sebab cemburu dengan kebahagiaan orang lain. I harap u sentiasa beringat. Kalau ada orang macam tu dalam hidup kita, kita anggap sebagai satu cabaran dan jangan mudah melatah. Lagipun u tahu perempuan macam i ni cepat cemburu tau kalau orang yang dia kasihi tu layan orang lain lebih dari diri dia. U tahu kenapa?? sebab hati perempuan ni lembut.Mereka penuh dengan kasih sayang , manja. Walau sekeras mana hati seorang perempuan tu, tapi kalau sentuh tentang orang yang paling dia sayang, mesti tak keruan dibuatnya.

i nak bagi tahu u ni, u janganlah risau, coz i tak akan pakai seksi meksi pun melainkan bila kita dah kahwin nanti kan u.....

To my hubby,

I pun tak tahu pasal future i, tapi i dah berangan nak kerja lepas i habis study. lagipun sia-sialah kalau i belajar selama ni, tapi akhirnya i tak aplikasikan pelajaran i. I harap u bagi i kebenaran i nak bekerja. U janganlah risau, i bekerja pun sebab nak tolong u. Cuba u bayangkan bila kita kahwin nanti, and kita ada ramai anak. Mesti sesak nafas u nak cari duit. Nak bayar bil, pakaian anak-anak, makan minum. kan u..mesti u pokai habis nanti. Jadi u mestilah bagi i kebenaran bekerja : ). Bab jaga u tu, u janganlah risau. I boleh jaga u punya. Kita balik kerja malam. So malam lah i jaga u..Macam biasa lah u..Pagi2 i dah masak untuk anak2..kalau susah sangat kita ambil orang gaji.. Tapi jangan pulak u nagada-ngada kahwin dengan orang gaji tu.. Tapi insyaallah u, i akan dapat jaga u and anak2 semua. Selagi ada u kat sisi i.

U.. u janganlah risau, lagipun i tak mintak u bagi i rumah 10 tingkat,emas,intan berlian,kereta porsche ke, i tak mintak semua tu. Buat apa semua harta banyak-banyak tu u. Last2 nanti kita kena rompak. kan susah kita u....Kita hidup bersederhana aje sudah u...Ok tak u??

Dear hubby,

U..kalau u nak anak sampai 20-30 orang tu, I tak mampu bagi lah u..mau semput i ni...tapi kalau setakat 6-8 orang tu masih i gagah lagi lah... I harap tak kan kerana benda2 yang i tak mampu sempurnakan hidup u, u nak kahwin lain pula...jangan u...kecewa i nanti...sedih i dengar u...U tahu kan betapa i cintakan u. I tahu kononnya kalau benarkan si suami kahwin lain, kita akan dapat payung emas di syurga..i tak mahu semua tu sebab i masih nak jumpa u di syurga.u seorang je dengan i. Nanti i harap bukan kerna perkara-perkara kecil atau besar, u nak kahwin lain pulak.
Cuba u lihat orang lain yang cerai berai tu, u tak rasa ke mereka tu manusia paling rugi. Yelah....kahwin beribu-ribu, tapi cerai hanya sekali lafaz je..tak perlu bayar pun..Kita ni kahwin sbb kita dah berjanji sehidup semati sebab u kekasih i dunia akhirat.

emmm.... u tahu, i tak mengharap pun u gentleman sangat..cukuplah kalau u sweet sangat. I suka manja dengan u.Tapi i tak harap u manjakan i sangat. nanti mengada-ngada jadinya. I nak berdikari. I tak nak susahkan u. I tahu u selalu boleh tolong i. selalu ada masa untuk i. thanks u. Tapi i tetap tak mahu susahkan u. sebab u ada kerja u sendiri, ada komitmen sendiri. nanti kerana i u pening kepala, jatuh sakit pula. U tengok, i prihatin sangat kat u. nanti kalau u sakit, siapa nak buli i, siapa nak gaduh dengan i. Jadi i tak nak susahkan u. I harap u sentiasa jaga kesihatan u elok. tengok lagi u...betapa i terlebih prihatin kat u..

hah..terlupa pula.. u, i tak nak tahu u tu hisap rokok.. u tahu rokok tu bahaya. Bahaya untuk u,i and bakal anak2 kita nanti.. U tahu i sensitif sangat dengan asap rokok.. i harap u sentiasa berhati-hati k...

To my dearest hubby,

U, terus terang i cakap, i tak pandai masak.Masak simple-simple je i tahulah. tapi u jangan risau i dalam proses belajar dengan ibu. I cakap u nak makan masakan i. So i kena belajar masak dari sekarang. Sweet kan i. U happy tak...k u bagi tahu lah i apa favourite makanan u. Bolehlah i belajar nanti ok..

ok sepanjang kita belum jumpa i janji akan jaga diri i elok2...tak akan keluar berdua2an... tapi kalau kita dah jumpa nanti i nak kita terus kahwin je..nanti kalau tunang lama2 takut tak manis and tak berpanjangan. u pun janganlah kapel banyak2..jangan rosakkan anak gadis orang lain..tak baik..

akhir kata,
bila kita kahwin nanti, i masak,u makan. u imam,i makmum.u baca doa,i aminkan. i merajuk,u pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain. You pun mesti tak terlepas i kan sebab kita ditakdirkan bersama di dunia dan akhirat.




No comments: